Sunday, June 8, 2014

Ubah suai kereta perlu ikut spesifikasi


Kuala Lumpur: Ubah suai kenderaan secara berlebihan sehingga hilang identiti asal, membahayakan nyawa pemandu dan pengguna lalu lintas lain. 

Aksesori kenderaan boleh ditambah tetapi pemiliknya wajar merujuknya terlebih dulu dengan Garis Panduan Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian yang dikeluarkan Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Ini bagi memastikan sebarang penambahan tidak menyalahi Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Ia juga boleh menyebabkan kenderaan mereka tidak mendapat pampasan insurans jika ‘ mengganggu’ nombor enjin dan casis kenderaan. 

Tidak ubah nombor casis Ketua Penolong Jurutera Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sulleh Udin, berkata penambahan aksesori atau pengubahsuaian yang dilakukan tidak boleh mengubah nombor identiti atau nombor casis kenderaan secara fizikal atau teknikal. 

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan pemilik gemar mencantikkan kenderaan mereka dengan mengubah keseluruhan rupa sehingga identitinya hilang. 

“Ini tidak dibenarkan undangundang kerana kenderaan berkenaan sudah hilang identiti asal dan hanya kekal nombor casis. 

Layari : www.jpj.com.my

Artikel Terkait

1 comments so far

Kalau aku cakap di Amerika mengubahsuai kenderaan bukan satu kesalahan macam di Malaysia nanti kena suruh pindah ke Amerika lah pula aku.