Friday, May 16, 2014

Imigresen Sabah tahan lima individu, tumpas sindiket keluar dokumen palsu untuk warga asing

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen Sabah menumpaskan sindiket yang membawa masuk dan keluar warga asing dengan menggunakan dokumen pengenalan diri palsu.

Pengarahnya, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan berkata, pihaknya menahan lima individu dalam tiga kes berasingan yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebagai transit untuk membawa warga asing ke negara ketiga.

"Dalam kes terbaharu, dua individu warga Turki yang berhasrat ke Kuala Lumpur ditahan di Terminal 1, KKIA Rabu lepas kerana disyaki memiliki pasport Turki palsu," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Pasport 1966 dan masih menunggu pengesahan ketulenan pasport dari Kedutaan Besar Turki di Kuala Lumpur. - Bernama

Artikel Terkait