Thursday, May 15, 2014

Kapal Terbang VS Perodua Viva Berlaku di KLIA 15 M3i 2014

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) telah mengubah waktu perjalanan pesawat MH740/741 miliknya berikutan kejadian pelanggaran antara pesawat tersebut dengan sebuah kenderaan lapangan terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pesawat B737-800 itu dijadualkan berlepas ke Yangon pada jam 10.05 pagi tadi namun telah ditunda dan penumpangnya dipindahkan ke pesawat yang lain yang kemudiannya berlepas sekitar jam 10.45 pagi selepas itu.

Dalam kenyataan MAS kepada media, pesawat yang mengalami kerosakan pada badannya itu telah diubah waktu perlepasannya ke Yangon pada jam 12.30 tengah hari.

Pihak MAS turut menjelaskan bahawa pemandu kenderaan milik sebuah syarikat swasta itu telah diberi teguran.

Pengarah Operasi MAS, Kapten Izham Ismail memberitahu bahawa jurutera pesawat kini telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk meneliti kerosakan yang terjadi pada pesawat itu.

“Pemeriksaan awal medapati tiada kerosakan berisiko pada pesawat. Namun, pesawat itu diarahkan untuk tidak terbang sementara pemeriksaan yang lebih mendalam dilakukan pada pesawat tersebut,” katanya.

Izham sekali lagi menjelaskan bahawa keselamatan penumpang adalah keutamaan utama bagi MAS.

MAS memohon maaf kepada penumpang MH740/741 atas kesulitan yang berlaku pada jadual penerbangan mereka.




Sebuah kereta perodua viva yang dipandu oleh seorang kakitangan MAS hilang kawalan dan kemudian merempuh salah satu pesawat MAS di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Punca kejadian itu berlaku masih dalam siasatan manakala orang ramai mengakui terkejut dengan insiden berkenaan.

Sumber : [KLIK SINI[


Artikel Terkait