Satu lagi insiden membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dilanggar sebuah kenderaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Pelanggaran tersebut menyebabkan pesawat B737-800 mengalami kerosakan serius pada bahagian bawah badan kapal terbang.
MAS menyatakan insiden turut mengakibatkan kerosakan pada fiuslaj pesawat.
“Buat masa ini, pemandu kenderaan bagasi tersebut digantung kerja sementara siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” kata jurucakap MAS.
Sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737-800 tidak dibenarkan membuat penerbangan dan dibaiki selepas dirempuh kenderaan membawa bagasi menyebabkan kerosakan pada badan pesawat itu.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan MAS, pesawat tersebut disahkan terlibat dengan insiden yang berlaku pada Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
MAS sedang menjalankan siasatan berhubung insiden itu dan menggantung tugas pemandu kenderaan bagasi itu buat sementara waktu.
Pesawat itu dihantar untuk dibaiki dengan segera dan sebuah lagi pesawat lain model B737-800 digunakan untuk penerbangan seterusnya mengikut jadual.
Sumber