Monday, June 2, 2014

Peragut ‘berhati mulia’ diberkas

KUCHING: Peragut ‘berhati mulia.’ Itulah gelaran sesuai merujuk kepada tindakan pemuda yang telah meragut seorang wanita di Pusat Kom­ersial Ang Cheng Ho apabila dia mengembalikan semula beg tangan milik mangsa.

Disebabkan tindakannya itu, dia ditangkap oleh orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut yang terjadi sekitar 7 malam kelmarin.

Suspek yang mungkin ber­jaya melepaskan diri selepas meragut beg tangan mangsa, bagaimanapun berpatah balik kepada mangsa untuk memu­langkan semula beg mangsa.

Dalam laporan polis pemu­da berkenaan meletakkan mo­tosikal yang digunakannya di tempat parkir sebelum meng­hampiri mangsa di tempat kejadian untuk memulangkan beg tangan tersebut.

Tindakannya itu men­jadi tanda tanya mengapa dia kembali semula ke tempat kejadian dan memulangkan semula beg tangan itu selepas berjaya meragut mangsa. Dia diserah oleh orang ra­mai kepada pihak berkuasa.

Artikel Terkait