Friday, May 16, 2014

Liga Perdana 2014 : Sabah Menang 0-1 walaupun bermain 9 orang


Tahniah untuk semua pemain dan pihak pengurusan Sabah F.A atas kejayaan menundukkan Pasukan Negeri Sembilan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi yang berlangsung pada malam tadi. Kemenagan pada malam ini adalah di luar jangkaan peminat-peminat pasukan Sabah.

Marwan Saydeh mencipta nama sebagai penjaring pasukan Sabah pada minit ke-64 dengan melakukan satu sepakan voli yang terus menerjah gawang Negeri Sembilan. Sebelum itu kedua-dua pasukan saling bertukar serangan dengan Sabah lebih banyak mengasak ke kubu pasukan negeri Sembilan. Kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga tamat permainan separuh masa pertama.

Bersambung perlawanan di babak kedua Sabah kehilangan seorang pemain apabila minit ke-55 Mohd Redzuan dilayangkan kad kuning kedua memaksa Sabah untuk bermain 10 orang. Selang dua minit kemudian Halim pula dibuang padang selepas mendapat kad kuning kedua, 

Jaringan Marwan kekal sehingga tamat perlawanan namun pada minit ke 80 Sabah terpaksa bermain dengan 9 orang apabila Andre turut menerima nasib serupa Redzuan diarah keluar padang selepas mendapat kad kuning kedua. Negeri Sembilan gagal memanfaatkan kesempatan itu untuk merapatkan kedudukan.

Marwan sempat membalas komen peminat di FB SabahFA
Perlawanan pada malam ini menyaksikan Pengadil Perlawanan, Kamal Ahmad melayangkan 10  kad kuning 6 untuk Sabah dan 4 kepada pasukan tuan rumah dan tiga orang pemain dibuang padang. Keputusan di tempat lain Kedah 1-0 Felda United SPA Putrajaya 2-1 PBAPP, Pulau Pinang 2-1 Perlis dan PDRM 1-1 UiTM.

Pemain yang bermain malam tadi turun dengan motivasi yang tinggi untuk mencipta kejayaan selepas gagal mencari kemenangan dalam beberapa perlawanan termasuk keputusan seri 2-2 ketika bertemu PDRM di Stadium Likas walaupun sudah mendahului 2-0 pada satu masa. Sabah kini  berada di kedudukan ketujuh Liga dan akan bermain turun mennetang UITM di stadium Likas pada 23 Mei 2014.

Artkel ini ditulis oleh djk melalui  rujukan Sabah FA Fan Club.

Artikel Terkait