Sunday, February 20, 2011

Maafkan aku, Bukan Bosan tapi Rimas


Tulisan saya ini tiada kaitan dengan Radio Online Sabah UtaraFM tetapi ini adalah kisah benar dari seorang kawan yang ingin saya kongsikan kepada semua. Perkara ini kadangkala terjadi tanpa kita menyedarinya.

Ketika menjalinkan perhubungan dengan seseorang yang disayangi semua orang mengharapkan hubungan itu akan berkekalan selamanya. Tetapi pernahkah kamu terfikir dalam diam kamu telah menyakiti hatinya? Hal ini terlepas pandang dan menjadi satu beban kepada sidia dan akhirnya dia mulai rimas dengan kamu.

Setiap teguran daripada orang lain mestilah difikirkan secara positif dan jangan mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain. Apa juga teguran semestinya mempunyai kebaikan walau tidak nampak secara langsung tetapi untuk jangkamasa panjang memang berguna. Sebagai contoh sidia menegur supaya kamu supaya jangan terlalu mengongkong dia kerana dia juga perlukan ruang untuk berehat dan bebas membuat aktiviti hariannya. Tetapi kamu pula malah menuduh dia dengan pelbagai tuduhan. "Cuba dengar lagu Wali Band "Jangan kau tuduh Aku". Bagi kamu itu adalah biasa pada orang bercinta, mengambil beratlah kunu pada pasangan tapi tidak bagi sidia kerana terpaksa melayan pertanyaan dan permintaan kamu.

Perkara remeh ini lama-lama akan menjadi isu besar dalam perhubungan kamu. Bukan kepada lelaki saja tetapi wanita juga. So, fikir-fikirlah sebelum hal ini berlaku dengan kamu. Terima kasih kepada sahabat yang sudi berkongsi kisah ini dengan saya..

P/S : Untuk diri sendiri juga.. Peace.. Always Cool...

Artikel Terkait