Thursday, June 5, 2014

Peraturan Baru : Tahap Ketelusan Cahaya Cermin Gelap (Tinted) Kereta 2014

Kereta anda bercermin gelap? Tahukah anda berapakah tahap ketelusan cahaya (VLT) yang dibenarkan pada cermin kereta? Ada baiknya anda buat pemeriksaan segera kerana Ops Cermin Gelap akan tetap bermula pada 16 Jun 2014.

Penangguhan sementara Ops Cermin Gelap ini berikutan ketidakpuasan hati orang ramai terhadap peraturan dan spesifikasi sedia ada. Sehubungan dengan itu, sebuah bengkel khas diadakan bagi membincangkan serta mengkaji semula peraturan dan spesifikasi cermin gelap pada semua kenderaan dinegara ini.

Bengkel Khas Cermin Gelap
Bengkel khas tersebut telah berlangsung di Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur dan dihadiri oleh seramai 100 peserta yang merangkumi agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta swasta. Kementerian Pengangkutan (MOT) sebagai pengelola bengkel akan mengkaji semula penggunaan cermin gelap ini dari semua sudut dan aspek penggunaan cermin gelap, termasuk peraturan sedia ada, pengkuatkuasaan, keselamatan, kepenggunaan dan kesihatan yang telah diusul dan dibincangkan dalam bengkel tersebut.

Apakah usul-usul yang dicadangkan dalam bengkel tersebut? Jika anda mengharapkan untuk memasang cermin yang lebih gelap berbanding peraturan sebelum ini, lupakanlah... tapi ada sedikit perkembangan yang baik dimana kadar ketelusan cahaya untuk cermin belakang akan dikurangkan dari 50% kepada 25%.

Berikut adalah antara usul lain yang dibentangkan dan dibincangkan dalam bengkel tersebut :
  • Peniaga eksesori cermin gelap wajib mempunyai alat penguji VLT
  • Menyeragamkan kadar peratusan filem cermin gelap yang ada dipasaran
  • Cermin kereta import mesti mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum dijual
  • Tiada sijil kelulusan cermin gelap pernah dikeluarkan oleh JPJ


Ops Cermin Gelap

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad, JPJ hanyalah agensi pelaksana yang akan menguatkuasakan apa sahaja peraturan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan hasil dari keputusan yang dicapai dari bengkel tersebut.

Dalam pada itu, Ops Cermin Gelap akan tetap dilaksanakan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 16 Jun 2014. Pemilik kenderaan hanya diberi tempoh sehingga 15 Jun ini untuk mematuhi dan mengikut peraturan spesifikasi yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan. Kompaun RM300 akan dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut bermula dari tarikh tersebut.

Cermin Gelap - Keperluan, Keselamatan Dan Kos
Tinggal di negara yang bersuhu panas dan mentari terik seperti negara ini, tinted (filem penapis haba) pada cermin kereta ini amat penting dan telah menjadi satu keperluan pula kerana ianya dapat mengurangkan kepanasan serta mempercepatkan penyejukan penghawa dingin. 

Namun segelintir dari kita menggunakan cermin yang terlalu gelap dan ianya mengundang rasa curiga dan bahaya. Penjenayah amat sukar dilihat didalam kenderaan bercermin gelap ini. 

Kalau mengikut kedai eksesori kereta, filem penapis haba ini tidak semestinya gelap kerana yang penting adalah tahap ketelusan haba namun jenis yang berkualiti ini agak mahal harganya. Kini kita terperangkap antara keperluan, keselamatan dan kos. Jika peraturan telah ditetapkan...mahu atau tidak, terpaksa juga kita ikut. 

Kongsikan kepada kawan-kawan agar semua kita akan mendapat info ini.

RELAKSMINDA


Artikel Terkait