Thursday, June 5, 2014

Adakah Keberanian kita seperti Nenek yang 75 Tahun ini ?


RAKAMAN kejadian rompakan di Northampton, England yang kami kongsikan ini sebenarnya berlaku kira-kira tiga tahun lalu.
Apa yang ingin ditekankan menerusi video ini ialah, sikap masyarakat dunia kini yang lebih gemar mengamalkan sikap ‘tunggu dan lihat’ saja jenayah yang berlaku di depan mata.

Dalam rakaman ini, seorang nenek berusia 75 tahun dengan beraninya melawan enam perompak yang bersenjatakan tukul ketika mereka cuba memecah masuk sebuah kedai barangan kemas.
Ann Timson yang hanya menggunakan beg tangannya untuk memukul para perompak itu berkata, dia bertindak demikian selepas melihat orang ramai hanya membiarkan saja perlakuan mereka tanpa melakukan apa-apa.
Keberaniannya itu menyebabkan para perompak bergegas melarikan diri dengan skuter sebelum terjatuh dan ditahan oleh orang awam.
Hmm, kalaulah semua orang punya keberanian seperti wanita tua ini kan bagus!

Malangnya, ramai yang hanya berani tunjuk gambar ‘selfie’ dengan tubuh berketul-ketul di laman sosial, tapi hakikatnya penakut..

Artikel Terkait