Friday, March 4, 2011

Kenapa perlu bersabar ?


Mudah untuk mengucapkan SABAR tetapi sukar pula untuk dilakukan. Sememangnya kita selalu mendengar perkataan SABAR ini diucapkan oleh orang yang memberi nasihat atau peringatan kepada kita apabila berhadapan dengan sesuatu masalah tetapi sejauh manakah kesedaran kita mengenai ucapan SABAR?

Bagi sesetengah orang perkataan ini macam sudah lali dalam hidup mereka sehingga terlupa betapa pentingnya kesabaran dalam kehidupan ini. Ikut rasa Binasa, ikut hati mati antara peribahasa melayu yang selalu mengingatkan kita untuk terus bersabar di samping mengajak kita untuk berfikir secara rasional mengapa harus bersabar.

Seorang yang memikirkan untuk membeli kereta sanggup untuk meminjam duit daripada ALONG sedangkan kalau dia bersabar dan terus bekerja membuat tabungan dia juga boleh membeli kereta. Tetapi apabila mendapat wang daripada ALONG kemudian membeli kereta ada dua beban yang terpaksa ditanggungnya yang mana apabila tersilap langkah kereta entah ke mana dirinya pula menjadi buruan lintah darat. Perlukah bersabar ?

Dalam menjalinkan hubungan cinta pula kesabaran adalah sangat dituntut kerana biasanya kalau sedang hangat bercinta pasti ingin bertemu setiap hari dan kalau boleh apa juga yang dilakukan oleh sidia kamu mesti mahu ambil tahu. Tidak salah juga tu tindakan kamu tetapi perlu diingat selagi dia belum menjadi milikmu sepenuhnya dia masih punya ruang untuk dirinya sendiri menikmati kehidupan ini. Jadi haruslah bersabar kalau keinginan kamu tidak dapat dipenuhi disebabkan sidia ada hal lain. Paling teruk apabila kamu melemparkan tuduhan disebabkan hilang kesabaran. Disebabkan hal ini hubungan kamu akan berakhir.

Berfikirlah menggunakan akal yang waras dan sentiasa berdoa kepada Yang Maha Kuasa untuk dikurniakan kesabaran dalam diri. Semuanya bermula dari hati.

P/s : Sabar separuh daripada IMAN

Artikel Terkait