Monday, May 9, 2011

Siapa Mangsa Pasukan Sabahawks Selepas ini?



Kemenangan berganda Pasukan Bolasepak Sabah dalam perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan dan Pahang yang berlangsung malam tadi sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak tempatan. Ini terbukti apabila pertambahan bilangan penyokong Sabah yang datang ke Stadium Likas berbeza daripada perlawanan yang sebelumnya.

Aksi menarik ditunjukkan oleh anak buah Justin ganai apabila menumbangkan skuad Tok Gajah 2-0 di Stadium Likas hasil jaringan Shahrul Azhar Ture dan Zainizam Marjan disambut dengan kegembiraan oleh semua yang datang ke Stadium Likas dan yang mengikuti ulasan Secara Langsung melalui Radio Online Sabahan Utara.FM.

Selepas ini Pasukan Sabah akan menentang Pasukan Harimau Muda A pada 15 Mei 2011 apabila perlawanan yang lepas ditangguhkan disebabkan keputusan pengadil membatalkan perlawanan tersebut atas alasan Teknikal. Pastinya pada kali ini saya menjangkan kehadiran penyokong Sabah akan bertambah.

P/S : Mari kita penuhkan Stadium Likas pada 15 Mei 2011 ini.


Artikel Terkait