Sunday, April 27, 2014

Video Bakat Baru Sabah : Zack Bakal Menjadi Seorang Penghibur

Zack atau nama penuhnya Zackiddin Zackry yang baru berumur 12 tahun bakal menyinar dalam industri hiburan negeri Sabah. Daerah Sook, Keningau bakal melahirkan seorang bintang  baru . Zack, finalis bintang RTM 2013 pada mulanya hanya suka-suka (cover) menyanyikan lagu orang lain sambil bermain keyboard tetapi mendapat respon yang baik apabila video nyanyiannya yang turut dikongsi oleh Fan Page 1SABAH dilihat oleh lebih 200, 000 ribu orang dalam tempoh kurang 3 hari.

Perkembangan yang positif itu menarik minat beberapa orang komposer tempatan termasuk komposer tempatan yang sudah dikenali di peringkat antarabangsa kerana lagu-lagu dan lirik ciptaanya pernah memenangi beberapa anugerah.

Pada 26.04.2014 yang lalu Zack mendapat jemputan untuk membuat persembahan di Keningau Mall bersempena dengan festival Muzik yang berlangsung di daerah itu. Sebelum itu dia membuat persembahan di Pusat Kebudayaan Murut, Tenom sempena Pesta Kalimaran 2014 sebagai penyanyi jemputan di Pertandingan Butitin (karaoke) . 

Selepas ini, Zack akan membuat persembahan di luar daerah Keningau kerana dia turut mendapat undangan ke Labuan, Sipitang dan beberapa daerah lagi. 

Kepada mereka yang berminat untuk menjemput zack dalam majlis yang bakal dianjurkan bolehlah menghubungi terus En. Zackry (Bapa) untuk pertanyaan dan info di talian telefon 
0128263432 / 0128545713


>



Semoga Zack akan mencapai cita-citanya.



Artikel Terkait