Thursday, May 1, 2014

[1 MEI 2014] SABAH F.A | Kekalahan Besar Akibat Amukan Sang Seladang

IPOH : 1 MEI 2014, menyaksikan  Pasukan Sabah F.A terpaksa akur dengan ketangkasan Sang Seladang apabila berjaya menundukkan Sang Helang 4-1 di Stadium Ipoh sebentar tadi dalam siri perlawanan persahabatan.

Kesebelasan Utama Sabah Menentang Perak

Gol pasukan Seladang dihasilkan seawal minit pertama permainan melalui pemain importnya Milan Porovic. Selepas itu kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan Sabah melakukan beberapa percubaan menerusi Marwan  dan pada minit ke-17, rembatan kencangnya sudahpun menewaskan penjaga gol Perak namun palang menjadi penyelamat. Kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, ketua jurulatih Sabah Seslija Milomir membuat beberapa pertukaran pemain sebagai usaha untuk menguji beberapa pemain muda untuk diserap ke dalam skuad senior namun pada minit ke-69 Perak menambah gol mejadikan kedudukan 2-0. Minit ke-77 Perak mendapat sepakan penalti dan mudah disempurnakan menjadi kedudukan 3-0.

Minit ke-78 Irwan Jamil menggantikan Fazli dan selang empat minit kemudian Perak menambah untuk gol keempat. Sabah mendapat gol saguhati menerusi Marwan pada minit ke-89. Keputusan Penuh Perak menang 4-1. 

Sebelum ini pada 27 April lepas dalam satu perlawanan persahabatan yang lain Sabah berjaya menjinakkan Sime Darby 0-2 bermain di tempat lawan. 

"Kita menguasai permainan tapi kita kalah, tiga kesilapan dan satu penalti...apa pun ia satu perlawanan yang baik untuk memantapkan lagi pasukan...juga perlawanan baik untuk pemain-pemain muda kita yang jarang diturunkan...kita akan lebih baik lagi selepas ini", komen ringkas Ketua Jurulatih, Milomir Seslija selepas perlawanan persahabatan menentang Perak sebentar tadi.

Jangan LUPA untuk ke Stadium Likas pada 09 MEI 2014 (Jumaat) Sabah akan melayan pendahulu Liga Perdana 2014 PDRM, mereka akan melakukan sepak mula pada jam 8.15 malam. Jumpa di sana.. :) 


Artikel Terkait