Wednesday, May 28, 2014

Bolasepak Sabah :Pergaduhan boleh Menjejaskan Semangat Kesukanan

Bolasepak : Maklumat mengatakan berlaku pergaduhan di Keningau
Bolasepak adalah satu permainan sukan yang popular di dunia dan mempunyai paling ramai peminat di seluruh negara. Dalam masa terdekat ini, Negara Brazil akan mencipta sejarahnya untuk kali kedua apabila menjadi tuan rumah dalam  Kejohanan Piala Dunia FIFA yang ke-20. Jika Malaysia adalah antara pasukan yang bertanding di Piala Dunia, saya yakin bolasepak itu pasti akan dapat menyatukan seluruh rakyat negara ini.

Mari kita lihat apa yang berlaku di peringkat bawahan sebelum mendongak tinggi ke atas. Kebiasaannya setiap kali berlangsungnya pertandingan bolasepak kita akan mendengar ada saja pergaduhan di antara pemain dan ada juga yang melibatkan satu kampung. Beberapa pertandingan/anjuran yang popular peringkat kampun  adalah "Kejohanan Bolasepak Piala YB" dan " PIALA MAGGI ".

PUNCA PERGADUHAN

Paling utama adalah kerana mahu menjadi juara. Bergantung kepada hadiah yang ditawarkan kalau wang tunai yang lebih besar itu mungkin akan mengundang lebih banyak kontroversi. Bermula dari pendaftaran, cabut undi sehingga perlawanan dimulakan kebiasaannya ada saja masalah akan timbul. 

Mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pertandingan tersebut ada yang "KAPSIT". Biasanya mereka sudah 'deal' dengan pengadil perlawanan untuk menjahanamkan pasukan yang bukan dari kalangan mereka. Tidak semua pengadil begitu tetapi di peringkat kampung atau daerah memang ada yang buyuk.

Adakalanya keputusan mereka boleh dipertikaikan (kalau pemain bola mesti faham) macam susah mau di 'explain' tapi macam mana juga kalau protes seja pun mau bayar duit lagi. Belum tentu lagi menang protes sebab pertandingan ini tidak dipantau oleh pihak-pihak sepatutnya. 

Untuk mengelakkan kejadian pergaduhan saya berpendapat ianya  bermula dari pihak penganjur itu sendri supaya tiada 'double standard' dan bersikap adil. Semua informasi yang berkaitan hendaklah dijelaskan dan dimaklumkan lebih awal agar tidak meyusahkan pemain. Paling penting juga mungkin adalah pengadil yang dipilih BERSIH rasuah barulah kita akan dapat melihat satu permainan yang berkualiti dipamerkan oleh para pemain.
Ditulis oleh djk berdasarkan pengalaman dan perkongsian dari kawan-kawan.

Artikel Terkait