Thursday, June 5, 2014

Daerah Keningau, Tingkatkan Keselamatan : Jeffrey


KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor, Datuk Dr Jeffrey Kitingan meminta pihak berkuasa di sini agar dapat memastikan soal keselamatan dipertingkatkan di daerah ini.

“Keningau ini digelar daerah tidak selamat berikutan kes-kes gaduh yang sering berlaku hanya gara-gara salah faham dan faktor lain,” katanya selepas melakukan lawatan seorang mangsa Manayoh Palanok yang dirawat di hospital Keningau di sini pada Rabu.

Katanya, kes-kes gaduh berpunca minum dan perempuan boleh berlaku salah faham dan mendorong kepada pergaduhan menggunakan senjata tajam.

Menurut beliau, keselamatan daerah ini terutama orang ramai perlu dipastkan sentiasa terkawal oleh pihak yang berkenaan.

“Saya juga ingin menasihatkan orang-orang kita agar kurangkan mengunjung tempat-tempat yang membahayakan diri mereka dan menimbulkan masalah.

“Mereka boleh berkunjung ke pusat-pusat hiburan yang selamat tetapi bila minum jangan sampai mabuk hingga keselamatan diri tidak terjaga,” katanya.

Jeffrey juga turut menasihat kepada ibu bapa agar tidak membenarkan anak-anak mereka berkunjung ke tempat seperti ini demi keselamatan mereka.

Katanya, jika boleh ibu bapa harus memberikan perhatian serius terhadap pergerakan anak-anak mereka dan dengan mengenal pasti siapa rakan-rakan mereka agar tidak terlibat dalam kes-kes seperti ini.

“Saya juga meminta media alternatif sentiasa berhati-hati dalam penyebaran maklumat yang sengaja dibesar-besarkan walaupun ia hanya perkara yang kecil sehingga menyebabkan situasi yang tidak terkawal.

“Saya juga amat berpuas hati maklumat yang diberikan polis kepada saya berhubung dengan kes ini dan saya berharap masyarakat sentiasa bekerjasama dengan polis dalam membantu pasukan keselamatan menangani kes-kes jenayah seumpama ini di daerah ini.

“Setiap kejadian yang berlaku di depan mata perlu dimaklumkan kepada polis agar orang yang bertanggungjawab dapat ditangkap dan diambil tindakan mengikut undang-undang Negara ini,” katanya.

Jeffrey juga meminta Majlis Daerah Keningau dapat memastikan agar sentiasa memberikan keutamaan kepada orang-orang tempatan ketika mengeluarkan lesen perniagaan.

Pada kejadian Ahad lalu, tiga orang lelaki warga tempatan di sini dibelasah oleh sekumpulan orang ekoran perselisihan faham yang tercetus sewaktu ketiga mangsa terlibat dalam sesi meminum minuman keras disebuah pusat hiburan di sini..

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 5.30 petang di kawasan Pasar Umum di sini. Ketiga-tiga lelaki yang berumur antara 20 dan 39 tahun itu masing-masing berasal dari Kampung Mamagun Dalit Sook dan Kampung Binanon Nabawan cedera ditetak menggunakan parang.

Salah seorang mangsa, Manayoh menerima sebalas jahitan dan kini dirawat di hospital Keningau dan keadaannya bertambah baik.

Jeffrey juga mengambil masa lebih 30 minit mendengar cerita dan pengalaman Manayoh dalam kejadian itu. Polis telah menangkap seorang suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian itu dan kini direman untuk siasatan lanjut.

SABAHTIMES

Artikel Terkait

1 comments so far

Syabas dato....kerana menangi masalh dr akar umbi...tidak hanya menyalahkan pti semata2,tapi org kita juga kena diperbetulkan agar kejadian seperti ini x berlaku lagi....pendek cerita masalah org kita ialah mabuk...perempuan....sampailah ke pergaduhan....daun takkan bergoyang kalau tdk.ditiup angin....tepuk dada tanyalah selera....jadikanlah bangsa kita sbg bangsa yang maju dan disegani...bukannya dgn tabiat mabuk dan pergaduhan....