Saturday, June 7, 2014

Pertandingan Bintang Kecil Zon Sabah :

Pertandingan Bintan Kecil Mencungkil Bakat - Gambar Zackiddin Zackry
Lapan peserta akan berentap dalam Pertandingan Bintang Kecil Peringkat Zon Sabah yang akan diadakan di Studio TV RTM, Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Sabah, Kota Kinabalu pada 8-malam, SABTU INI.

Pertandingan tersebut akan menyaksikan pemilihan empat peserta terbaik untuk mewakili Sabah ke Peringkat Separuh Akhir 1 dan 2 di Kuching, Sarawak, bermula 24 November hingga 17 Disember depan.

Lapan peserta yang akan berentap ialah Chrisy Elvira Mathius dari Tamparuli, Farhana Naslyn Suhailin (Keningau), Darrel Bravo John (Tambunan), Nurul Ain Nasran (Lahad Datu), Nur Izham Syah (Tawau), Raziq Qadree Elhamishah (Tawau), Mohd Adryan Danial (Labuan) dan Nazmi Cyril dari Tawau.

Selain trofi dan sijil penyertaan, empat peserta terbaik masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai seribu 500-ringgit, manakala empat peserta lain akan menerima saguhati wang tunai 750-ringgit, trofi dan sijil.

Dalam sidang media di Kota Kinabalu, Pengarah Penyiaran Sabah, Abdul Jalani Mahmud berkata peserta terbaik akan dinilai menerusi permarkahan Juri Lokasi.

Pertandingan Bintang Kecil bertujuan mencungkil bakat nyanyian kanak-kanak bawah 11 tahun sebagai satu galakan untuk menceburi industri seni.

BesRTMKK

Artikel Terkait