Friday, May 30, 2014

Kes Culik Sabah : Dua Wanita dibebaskan Pulang ke Negara Asal


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diberi taklimat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), memaklumkan bahawa dua wanita yang diculik dari sebuah resort di Sabah pada April lalu berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa negara ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Najib menerusi posting terbarunya di laman Twitter beliau @NajibRazak, sebentar tadi. 

“Kita sedang mengambil langkah-langkah wajar untuk menghantar tebusan warga China itu pulang ke negara asal mereka dengan segera,” katanya. 

Najib berkata, tiada wang tebusan dibayar bagi membebaskan mereka dan kejayaan pembebasan mereka itu berdasarkan kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina. 

“Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat,” katanya.

Dua wanita yang diculik ialah Gao Huayuan warga China dan Marcy Dayawan dari Filipina.


Kenyataan Media Hamza 

KOTA KINABALU: Polis Sabah, mengesahkan dua mangsa culik di Singamata Reef Resort, Semporna, April lalu, diselamatkan di Kepulauan Jolo, Selatan Filipina, jam 10.30 pagi tadi. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata kedua-dua mangsa, masing-masing warga China dan Filipina sudah berada di Sabah, petang tadi. 

Beliau berkata, polis akan mempercepatkan usaha menghantar pulang wanita warga China berkenaan, Goa Huayun, 29, pulang ke negaranya dengan segera. 

Artikel Terkait