Monday, January 17, 2011

Juara AF9 dari Sabah ? - Ujibakat Akademi Fantasia di Sabah


Peluang untuk rakan-rakan Sabahan kini terbuka lagi untuk menjadi Juara Program Realiti TV Akedemi Fantasia (AF9) yang mana kali ini adalah edisi istimewa kerana merupakan musim terakhir di mana selepas ini tiada lagi AF, khabarnya akan diganti dengan Program Realiti TV yang lain.

Memandangkan AF9 kali ini adalah musim terakhir, maka pihak penerbitan telah menjanjikan banyak kelainan berbanding musim-musim sebelumnya, antaranya AF9 ini bakal memilih pengetua akademi yang terkenal di rantau Asia, bakal diacarakan oleh pengacara terkenal tanah air, menambah pelbagai kejutan dan memasukkan kembali nostalgia-nostalgia dari musim pertama hingga ke lapan untuk paparan peminat setia AF bagi musim terakhir ini.

Satu lagi kelainan pada AF kali ini ialah kaedah uji bakat secara dalam talian (online) bermula 13 hingga 27 Januari ini. Caranya ialah dengan merakamkan klip video nyanyian masing-masing dan memuat-naik video berkenaan di laman sesawang www.akademifantasia.com.my.

Kepada rakan-rakan yang berminat jangan lupa untuk datang terus pergi ujibakat pada ketetapan berikut :

Uji Bakat Akademi Fantasi (Sabah)
Tarikh: 28, 29, 30 Januari 2011
Tempat: Hotel Promenade, Kota Kinabalu


P/S : Adakah Penyanyi dari Sabah yang akan menjadi Juara untuk AF edisi terakhir ini?

Artikel Terkait